Saturday, November 27, 2010

Mencintai Insan Yang Dicintai

ermmm skrg jam dh menunjukkan tepat pkul 2.38am... smlm lbh krg ni gak...dalam kehidupan ini, kdg kala kita perlu buat keputisan yg kita sendiri tidak mahu melakukannya bukan? namun, keputusan yang dibuat bialah mendapat kebaikan kedua-dua belah pihak.. harap keputusan yg aku buat ini adalah keputusan yang betul....



Mencintai Insan Yang Dicintai...


^ ^,



Seronokkan bila ada sum1 yg begitu menyayangi kita.. mengambil berat.. menjadi teman suka dan duka... mesti bahagiakan?

Bila kita gembira, dialah orang pertama yg akan tersenyum gembira bersama Dan bila kita sedih, dialah juga yang akan turut menitiskan air mata atas kesedihan kita itu... beruntung...


Dan jika mmg takdir yg menentukan, insan itu juga yg menjadi teman sehingga akhir hanyat.... alanglah indahnya... =)

NAMUN tidak semua orang begitu bertuah menemui cinta pertamanya dan berakhir dengan kebahagiaan... disangkakan panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. cinta yang disemai dan dipupuk walau dijaga dengan sebaik, namun atas suratan takdir, terputus dipertengahan jalan atas sebab2 tertentu...



tidak seperti yg dirancang....



JIKA hubungan yang dibina tidak seperti yang dirancang dan perpisahan jua yang berlaku.... JANGAN pula kita menyalahkan takdir.... dan tidak pula akur dengan NASIB... pegang kata-kata ini.. setiap perkara yg terjadi ada hikmah yang tersendiri. terpulang kpd hamba itu, utk menilai setiap perkara yg berlaku... andai nilaiannya positif maka positiflah natijahnya.. andai negatif.. maka negatiflah impaknya...





Persoalan yg ingin saya tujukan skrg.... MENGAPA ANDA BERCINTA??




mengapa perlu bercinta?



Pelbagai jawapan yg bakal kita perolehi... seperti, nk hidup sama lah, peneman hiduplah, bina mahligai or masjid lah... mcm2 jawapan...


NAMUN...jawapan paling popular adalah... SAYA NAK DIA BAHAGIA....


JADI.. kpd mereka yg tidak bernasib baik, terputus ditengah jalan.. INGAT BALIK, tujuan anda mencintai dia..., anda mahu melihat die bahagia bukan?... jd... sedarlah, mgkin kebahagian dia bkn datang dari anda.. doakan dia agar ketemu dengan insan yg mampu membuatkannya tersenyum bahagia.. bkn kah itu tujaan asal kamu mencintai dia.. ingin melihat dia bahagia.. walaupun kebahagiaan itu bukan datang dari diri anda.



lepaskan dia pergi...



TIDAK dinafikan, mmg pedih bila perpisahan itu berlaku, lebih-lebih lagi apabila hubungan yg dibina telah mendapat restu kedua pihak dan telah bertahun bersama.. NAMUN, sbg insan biasa... kita perlu redha dengan ketentuanNya.. ambillah masa untuk anda mengubati dan memadamkan segala memori indah ketika anda masih bersama... Anda perlu ingat, Sesungguhnya Dia tidak akan menzalimi hambaNya sendiri... Insyaallah, berdoalah, pohonlah pd Dia...


Dia akan kurniakan anda insan yg lebih baik..



doa dan tawakal



Akhir kalam...



RINDU tidak semestinya SAYANG dan SAYANG tidak semestinya CINTA.... NAMUN...... apabila adanya CINTA, sudah semestinya lahir dari SAYANG diperkuat dengan RINDU... PERLU diingat.... CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU....

CINTA yang agong hanyalah SATU iaitu CINTA ILAHI cinta yang benar-benar hakiki....





hanyati serangkap lagu 1234 dari Aris Ariwatan ini....



SATU... kasih yg abadi, Tiada tandingi DIA yang SATU...

DUA... sayang berpanjangan, Membawa ke syurga KASIHNYA IBU

TIGA... lapar dan dahaga, Rela berpayahan SETIANYA AYAH

EMPAT.... mudah kau ketemu, Berhati selalu BEZA antara KASIH dan KEKASIH...



Buat sahabat semua, CEKALKAN HATI, KUATKAN TEKAD, MANTAPKAN IMAN.... smoga segala yg terbaik buat mu...



Mohd Khairulddin b Abdan

3.17am

28 Nov 2010

Klang.....

Erti Sebuah Kehidupan

Skrg jam dh menunjukkan 2.06 am... dah 2 jam 6 minit msuk hari yg bru... ermmm aku bru je borak dgn seseorang insan yg sentiasa bersama aku, xkira susah sng aku, die tetap ada... bersama dia, aku mengena lerti sebuah kehidupan.. erti sebuah perhubungan, erti sebuah persahabatan... alhamdullilah, ku bersyukur kerana Allah telah memberi keizinan kepada ku untuk pernah mengenalinya...





Bercerita tentang PERASAAN.... dalam hidup ni, byk perkara, byk pengalaman yg berlaku..peristiwa yg meninggalkan kesan perasaan seperti... sedih....gembira...suka....marah...benci.....bahagia.....terharu dan seribu satu lagi perasaan menjadi asam garam dalam kehidupan seharian...



seribu satu jenis perasaan....



Cuba kita bayangkan, hidup ini tanpa perasaan2 seperti diatas td... perjalanan ini menjadi hambar bukan?. perasaan2 ini, menjadi GURU dalam kehidupan kita... GURU sbnr yg menjadikan kita lebih matang, lebih bersedia dengan cabaran yg bakal mendatang.. org yg tidak belajar dr kesilapannya sendiri adalah org yg GAGAL...



kegagalan berlaku jika insan itu sendiri yg mencari kegagalan



Bersyukurlah atas segala yg berlaku dalam kehidupan kita ini... ada hikmah yg tersembunyi yang mana kadang kala kelihatan jelas di depan mata dan ada pula yg tersembunyi dan memerlukan kita mencari hikmah disebalik perkara yg berlaku itu...



syukur segala nikmat kurniaanNya



Kadang kala kita begitu sukar utk menerima sesuatu dugaan atau perkara tidak seperti yg kta rancang.. sbg contoh, perpisahan...



no more love...



Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah seperti:


1. REDHA.... redha dengan setiap perkara yg berlaku, belajar utk menerima keyataan.. redha dengan ketentuan yg telah ditentukan olehNya... sentiasa basahi bibir dengan istighfar....



redha dengan setiap ketentuanNya...



2.MUHASABAH DIRI..... cuba untuk menilai smula setiap perkara yg berlaku, menilai diri sendri dan jgn cepat menyalahkan orng lain atas perkara yg terjadi... mgkin terdapat kesilapan yg kita sendiri lakukan atau cuai atau terlepas pandang...



menilai semula diri...



3. MELAKUKAN PERUBAHAN..... andai kesilapan itu berlaku atas sbb diri sndiri, cuba utk perbaiki kelemahan yang ada, jd insan yg lebih baik... insafi segala perbuatan yg salah...



berani untuk berubah...



4. DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA..... dekatkan diri dengan yang maha Esa... sesungguhnya dia maha mengetahui, maha mendengar dan maha mengasihani... mengadulah padaNya, mohonlah petunjuk drpNya, mohon keampunan drpNya... insyaallah... hati akan tenang..



sesungguhanya Dia maha mengetahui



5. SIBUKKAN DIRI..... sibukkan diri dengan perkara yg bermanfaat, lakukan aktiviti yg anda gemari, sentiasa berfikiran positif agar tidak sentiasa mengingati perkara yg terjadi... NAMUN harus ingat, perkara yg terjadi jgn dilupakan tp dijadikan pengajaran...



penuhi jadual anda



6. MELANCONG..... bawalah diri ke tempat yg boleh menenagkan hati dan perasaan...



byk pilihan tempat bercuti di MALAYSIA



Byk lg cara tuk atasi perkara ini, namun smua bergantung kepada individu tersebut... jgn lakukan perkara yg boleh memudaratkan lg diri anda... percayalah.. ia sia2.



Akhir kalam


PERISTIWA menjadi KENANGAN, KENANGAN menjadi PENGALAMAN, PENGALAMAN menjadi IKTIBAR...



Mohd Khairulddin bin Abdan

2.34 am

27.11.2010

Klang, Selangor

Hargai Setiap Insan Di Sisi mu...



ANDAI...

telah kau temu seseorg insan yg mampu membuatkn kau tersenyum...


ANDAI.....

telah kau temu insan yang mampu membuatkn kau rindu..


ANDAI.....

telah kau temu insan yang mampu membuatkn kau rasa dihargai..


ANDAI.....

telah kau temu insan yang mampu membuatkn kau bahagia..


ANDAI.....

telah kau temu insan yang mampu membimbingmu ke arahNya..


DAN ANDAI.....

telah kau temu insan yang mampu memberikan kau seribu satu erti kehidupan..


MAKA.....

HARGAILAH dia....

JUJUR padanya...


KERNA....

sesungguhnya dia adalah terbaik buat mu, syginya, terima baik buruknya dan tidak perlu kau mencari yg lbh baik dr itu, kerna percayalah, tiada siapa yg lbh baik..... telah tercatat sjk azali lg manusia itu tidak sempurana... ada baik buruknya...


MOHONlah dari petunjukNya....

Andai dia memang ditakdirkan untukmu...


SAAT KAU MENERIMA KELEBIHAN DAN KECANTIKANNYA KE DALAM HIDUP MU,

MENJADI SEBAHAGIAN DARI HATI MU,

MAKA SAAT ITULAH JUGA KAMU MENERIMA SEGALA KEBURUKAN DAN KEKURANGANGNYA....


JIKA baik hati dirinya...

jagalah ia sebaik mungkin mengikut landasNya...

JIKA kurang hati dirinya...

bimbinglah dia agar sentiasa melabuhkan cintanya kpd Dia...


akhir kalam....


hargai mereka yg menyayangi kamu, jgn smpai ia hilang dn kamu terdiam membisu...




Mohd Khairulddin b Abdan

3.43 am

Suratan Ilahi


KADANG KALA...

kte x menyangka sesuatu bnd tu akan terjadi....


KADANG KALA......

kte juga xmenyagka segala yg kte rancang tidak seperti yg kita impikan...


KADANG KALA....

kte dipertemukan atas sbb yg kte sndiri tidak ketahui...


KADANG KALA.....

kita tertanya-tanya mengapa perpisahan itu wujud....


Dan KADANG KALA....

kita merasa mengapa perlu ada pertemuan andai perpisahan itu akan terjadi.....


NAMUN.....


KITA PERLU SEDAR....

Ape jua yg terjadi....

Sesungguhnya semua itu telah berada di tanganNya....


DAN kita.....

hanyalah manusia pelakon di pentas dunia....

berusaha dan terus berusaha....

tanpa jemu dan putus asa

KERANA kita jua yg pada dasarnya mencorak perjalanan cerita hidup kita....

DAN tidak hanya berserah pd NASIB, NAMUN tidak jua kufur pd TAKDIR....

REDHA dengan setiap ketentuanNya....


Mohd Khairulddin Abdan

3.28 am

14-11-2010