Skrg jam dh menunjukkan 2.06 am... dah 2 jam 6 minit msuk hari yg bru... ermmm aku bru je borak dgn seseorang insan yg sentiasa bersama aku, xkira susah sng aku, die tetap ada... bersama dia, aku mengena lerti sebuah kehidupan.. erti sebuah perhubungan, erti sebuah persahabatan... alhamdullilah, ku bersyukur kerana Allah telah memberi keizinan kepada ku untuk pernah mengenalinya...
Bercerita tentang PERASAAN.... dalam hidup ni, byk perkara, byk pengalaman yg berlaku..peristiwa yg meninggalkan kesan perasaan seperti... sedih....gembira...suka....marah...benci.....bahagia.....terharu dan seribu satu lagi perasaan menjadi asam garam dalam kehidupan seharian...
seribu satu jenis perasaan....
Cuba kita bayangkan, hidup ini tanpa perasaan2 seperti diatas td... perjalanan ini menjadi hambar bukan?. perasaan2 ini, menjadi GURU dalam kehidupan kita... GURU sbnr yg menjadikan kita lebih matang, lebih bersedia dengan cabaran yg bakal mendatang.. org yg tidak belajar dr kesilapannya sendiri adalah org yg GAGAL...
kegagalan berlaku jika insan itu sendiri yg mencari kegagalan
Bersyukurlah atas segala yg berlaku dalam kehidupan kita ini... ada hikmah yg tersembunyi yang mana kadang kala kelihatan jelas di depan mata dan ada pula yg tersembunyi dan memerlukan kita mencari hikmah disebalik perkara yg berlaku itu...
syukur segala nikmat kurniaanNya
Kadang kala kita begitu sukar utk menerima sesuatu dugaan atau perkara tidak seperti yg kta rancang.. sbg contoh, perpisahan...
no more love...
Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah seperti:
1. REDHA.... redha dengan setiap perkara yg berlaku, belajar utk menerima keyataan.. redha dengan ketentuan yg telah ditentukan olehNya... sentiasa basahi bibir dengan istighfar....
redha dengan setiap ketentuanNya...
2.MUHASABAH DIRI..... cuba untuk menilai smula setiap perkara yg berlaku, menilai diri sendri dan jgn cepat menyalahkan orng lain atas perkara yg terjadi... mgkin terdapat kesilapan yg kita sendiri lakukan atau cuai atau terlepas pandang...
menilai semula diri...
3. MELAKUKAN PERUBAHAN..... andai kesilapan itu berlaku atas sbb diri sndiri, cuba utk perbaiki kelemahan yang ada, jd insan yg lebih baik... insafi segala perbuatan yg salah...
berani untuk berubah...
4. DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA..... dekatkan diri dengan yang maha Esa... sesungguhnya dia maha mengetahui, maha mendengar dan maha mengasihani... mengadulah padaNya, mohonlah petunjuk drpNya, mohon keampunan drpNya... insyaallah... hati akan tenang..
sesungguhanya Dia maha mengetahui
5. SIBUKKAN DIRI..... sibukkan diri dengan perkara yg bermanfaat, lakukan aktiviti yg anda gemari, sentiasa berfikiran positif agar tidak sentiasa mengingati perkara yg terjadi... NAMUN harus ingat, perkara yg terjadi jgn dilupakan tp dijadikan pengajaran...
penuhi jadual anda
6. MELANCONG..... bawalah diri ke tempat yg boleh menenagkan hati dan perasaan...
byk pilihan tempat bercuti di MALAYSIA
Byk lg cara tuk atasi perkara ini, namun smua bergantung kepada individu tersebut... jgn lakukan perkara yg boleh memudaratkan lg diri anda... percayalah.. ia sia2.
Akhir kalam
PERISTIWA menjadi KENANGAN, KENANGAN menjadi PENGALAMAN, PENGALAMAN menjadi IKTIBAR...
Mohd Khairulddin bin Abdan
2.34 am
27.11.2010
Klang, Selangor
No comments:
Post a Comment